PEMBERITAHUAN
PEMFAILAN SECARA ATAS TALIAN TIDAK DAPAT DIBUAT PADA MASA INI, PEMFAILAN RAYUAN SECARA MANUAL DI KAUNTER ATAU PENGHANTARAN DOKUMEN MELALUI POS.
SEBARANG PERTANYAAN ATAU SOALAN SILA HUBUNGI KAMI DI TALIAN 03-8890 6634 / 6635 / 6401
Tribunal Rayuan Kastam (TRK) adalah badan kehakiman bebas yang mendengar dan membuat keputusan di atas rayuan terhadap keputusan Ketua Pengarah Kastam di bawah Akta Kastam 1967, Akta Eksais 1976, Akta Cukai Jualan 1972 dan Akta Cukai Perkhidmatan 1975. Semua keputusan Ketua Pengarah Kastam kecuali di atas perkara kompaun dan rampasan barang boleh dirayu kepada TRK. Tribunal Rayuan Kastam telah mula beroperasi pada 1 Jun 2007 dan mendengar setiap rayuan di atas prinsip Adil, Telus dan Cepat yang menjadi teras fungsi TRK.
Perayu boleh memfailkan rayuan di TRK dengan mengisi Borang A (Notis Rayuan) dan membayar fi pemfailan sebanyak RM100.00. Borang A boleh diperolehi secara percuma dari pejabat TRK atau dimuat turun dari portal ini. Rayuan juga boleh difailkan secara atas talian di portal ini. Pendengaran rayuan boleh diadakan di tempat selain daripada Pejabat TRK di Putrajaya berdasarkan permohonan rasmi oleh Perayu. Dalam menjalankan bidang kuasanya, TRK boleh membantu pihak-pihak berunding penyelesaian dengan persetujuan sebelum pendengaran rayuan.
Setiap rayuan akan diselesaikan pendengarannya dalam tempoh masa 60 hari dari hari pertama pendengaran bermula seperti yang ditetapkan di dalam seksyen 141T(1) Akta Kastam 1967. Prosiding pendengaran rayuan di TRK adalah tertutup kecuali jika dipersetujui sebaliknya oleh kedua-dua pihak yang terlibat.
Tribunal Rayuan Kastam
Kementerian Kewangan Malaysia
Aras 4, Perbendaharaan 2
No. 7 Persiaran Perdana
Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya
Tel : 03-88906406
Fax : 03-88906412 / 6415
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Hari Ini 1
Semalam 72
Minggu Ini 311
Bulan Ini 1665
Jumlah Pelawat 101770