Modul ini membolehkan Tribunal menyampaikan maklumat secara atas talian kepada perayu. Maklumat ini adalah berkaitan status rayuan termasuk notis berkaitan butir-butir pendengaran untuk membolehkan pihak berkenaan mengambil tindakan dan membuat persediaan meneruskan kes. Keputusan rayuan yang telah dibicarakan juga boleh diperolehi melalui e-Notis.