Semasa memfailkan rayuan, perayu perlu menyertakan bayaran fi pemfailan sebanyak RM100.00. Fi ini adalah fi mandatori. Di dalam keadaan biasa, fi ini hendaklah dibayar di pejabat Tribunal. Walaubagaimana pun, melalui Aplikasi My e-TRK pembayaran fi ini boleh dibuat secara dalam talian. Fi yang dibayar ini boleh dibuat melalui kad kredit atau auto debit daripada akaun bank perayu. Perayu dan Tribunal boleh menyemak dan mengesahkan pembayaran fi pemfailan. Pembayaran secara online atau atas talian ini merupakan perkhidmatan tambahan kepada pembayaran di kaunter.