Pemfailan rayuan kastam secara atas talian (online) boleh dilakukan dengan mengisi butir-butir yang diperlukan di dalam Borang A (Notis Rayuan) yang disediakan di dalam Portal Tribunal Rayuan Kastam. Proses penerimaan rayuan iaitu pendaftaran rayuan dilakukan oleh Pejabat Tribunal melalui Aplikasi My e -TRK yang juga disediakan di Portal Tribunal Rayuan Kastam. Melalui Portal ini juga, perayu boleh menyemak kedudukan rayuan dan butir-butir rayuan. Pemfailan, pendaftaran dan penyemakan rayuan secara atas talian merupakan prosedur tambahan kepada pemfailan di kaunter. Walaubagaimanapun, perayu masih boleh memfailkan rayuan di kaunter jika perayu memilih untuk tidak memfailkan rayuan secara atas talian.