Tribunal Rayuan Kastam mempunyai bidang kuasa yang luas dalam mendengar rayuan. Menurut Bahagian XIVA Akta Kastam 1967, Tribunal diberi kuasa :

  • Memperoleh dan menerima semua keterangan bersumpah, sama ada secara bertulis atau lisan, dan memeriksa mana-mana orang sebagai saksi sebagai mana Tribunal berpendapat perlu untuk memperoleh, menerima atau memeriksa;
  • Menghendaki dikemukakan di hadapannya buku-buku, kertas-kertas, dokumen-dokumen, rekod-rekod dan barang-barang;
  • Mentadbir sumpah, ikrar atau akuan berkanun sekiranya diperlukan;
  • Mendapat dan menerima apa-apa keterangan lain dan melakukan apa-apa inkuiri lain yang difikirkan sesuai;
  • Mengeluarkan saman kepada pihak-pihak di dalam sesuatu prosiding atau orang-orang lain untuk hadir di Tribunal bagi memberi keterangan atau bagi mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau barang-barang lain di dalam simpanannya atau dengan cara lain membantu Tribunal mencapai keputusannya;
  • Menerima keterangan pakar;
  • Menerima pakai prosedur yang difikirkan sesuai dan patut;
  • Membuat perintah kos; dan
  • Secara amnya mengarah dan melakukan semua perkara yang perlu dan wajar untuk memutuskan rayuan dengan segera