Tribunal Rayuan Kastam hendaklah memberi alasan-alasan bagi keputusan yang dibuat oleh Tribunal terhadap rayuan yang didengar. Di dalam membuat keputusan Tribunal boleh :
- Mengesahkan keputusan yang dibuat oleh Ketua Pengarah Kastam;
- Mengubah apa-apa keputusan Ketua Pengarah Kastam; atau
- Mengetepikan keputusan Ketua Pengarah Kastam dan menggantikannya dengan suatu keputusan yang baru.