Tribunal Rayuan Kastam hendaklah memberi alasan-alasan bagi keputusan yang dibuat oleh Tribunal terhadap rayuan yang didengar. Di dalam membuat keputusan Tribunal boleh :

  • Mengesahkan keputusan yang dibuat oleh Ketua Pengarah Kastam;
  • Mengubah apa-apa keputusan Ketua Pengarah Kastam; atau
  • Mengetepikan keputusan Ketua Pengarah Kastam dan menggantikannya dengan suatu keputusan yang baru.