Hak untuk merayu diperuntukkan di dalam seksyen 143 Akta Kastam 1967, seksyen 47 Akta Eksais 1976, seksyen 68(2) Akta Cukai Jualan 1972 dan seksyen 50(2) Akta Cukai Perkhidmatan 1975. Perkara yang boleh dirayu adalah semua keputusan Ketua Pengarah Kastam kecuali keputusan atas kompaun dan rampasan barang.

Mana-mana orang termasuk individu, Syarikat, Perniagaan, Pertubuhan dan Persatuan yang terkilan dengan keputusan Ketua Pengarah Kastam boleh memfailkan rayuan di Tribunal Rayuan Kastam. Bagi Syarikat, Perniagaan, Pertubuhan dan Persatuan, rayuan boleh difailkan oleh wakil yang telah diberikan Surat Kuasa oleh Syarikat, Perniagaan, Pertubuhan dan Persatuan berkenaan.

Rayuan boleh dibuat oleh pengilang, pengimport, pengeksport, pemegang lesen kastam seperti pemegang lesen cukai perkhidmatan/eksais/cukai jualan, Licence Manufacturing Warehouse (LMW), Agen Penghantaran / Perkapalan dan Perunding Cukai.

Contoh rayuan-rayuan yang pernah difailkan di Tribunal Rayuan Kastam boleh dilihat di "Ringkasan Keputusan Rayuan".