Dokumen sokongan hendaklah dihantar dalam tempoh 14 hari selepas rayuan didaftarkan. Sekiranya Tribunal tidak menerima dokumen sokongan dalam tempoh yang dinyatakan, rayuan akan dibatalkan.
Senarai salinan dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :
- Kad pengenalan/Pasport orang yang memfailkan rayuan;
- Kad pengenalan/Pasport perayu;
- Sijil Pendaftaran Syarikat/Perniagaan;
- Sijil Pendaftaran Pertubuhan/Persatuan;
- Surat kuasa dari Syarikat/Perniagaan/Pertubuhan/Persatuan; dan
- Dokumen mengandungi keputusan Ketua Pengarah Kastam yang dipertikaikan
Salinan dokumen tersebut boleh dimuat naik (upload), dipos atau dihantar ke kaunter TRK di alamat berikut :
Tribunal Rayuan Kastam
Kementerian Kewangan Malaysia
Aras 4, Perbendaharaan 2
No. 7, Persiaran Perdana
Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya
Waktu Operasi Kaunter Tribunal Rayuan Kastam
Isnin - Khamis : 8.00 pagi - 4.30 petang
Jumaat : 8.00 pagi - 12.00 tengahari / 3.00 petang - 4.30 petang