Dokumen sokongan hendaklah dihantar dalam tempoh 14 hari selepas rayuan didaftarkan. Sekiranya Tribunal tidak menerima dokumen sokongan dalam tempoh yang dinyatakan, rayuan akan dibatalkan.

Senarai salinan dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :

  • Kad pengenalan/Pasport orang yang memfailkan rayuan; 
  • Kad pengenalan/Pasport perayu;
  • Sijil Pendaftaran Syarikat/Perniagaan;
  • Sijil Pendaftaran Pertubuhan/Persatuan;
  • Surat kuasa dari Syarikat/Perniagaan/Pertubuhan/Persatuan; dan
  • Dokumen mengandungi keputusan Ketua Pengarah Kastam yang dipertikaikan

Salinan dokumen tersebut boleh dimuat naik (upload), dipos atau dihantar ke kaunter TRK di alamat berikut :

Tribunal Rayuan Kastam
Kementerian Kewangan Malaysia
Aras 4, Perbendaharaan 2
No. 7, Persiaran Perdana
Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya


Waktu Operasi Kaunter Tribunal Rayuan Kastam

Isnin - Khamis  :   8.00 pagi - 4.30 petang

Jumaat  :   8.00 pagi - 12.00 tengahari / 3.00 petang - 4.30 petang