S5 Corpway - шаблон joomla Оригами

Sample Sidebar Module

This is a sample module published to the sidebar_top position, using the -sidebar module class suffix. There is also a sidebar_bottom position below the menu.

Sample Sidebar Module

This is a sample module published to the sidebar_bottom position, using the -sidebar module class suffix. There is also a sidebar_top position below the search.
Senarai Perkara Yang Boleh Dirayu


Senarai Keputusan Ketua Pengarah Kastam Yang Boleh Dirayu Kepada Tribunal Rayuan Kastam

AKTA KASTAM 1967

No.SeksyenKeterangan
1. Seksyen 10B Membuat ketetapan kastam
2. Seksyen 10C Meminda, mengubah atau membatalkan ketetapan kastam
3. Seksyen 10D Mengistiharkan ketetapan kastam terbatal
4. Seksyen 13B Menentukan persoalan mengenai penjenisan dan penilaian
5. Seksyen 22 Menentukan jika barangan tertakluk kepada cukai kastam
6. Seksyen 16 Memulangkan duti dan caj-caj lain yang terlebih bayar atau tersilap bayar
7. Seksyen 17(2) Membenarkan bayaran secara ansuran
8. Seksyen 18(1) Meremit duti kastam atas barang yang hilang, rosak atau termusnah semasa dalam kawalan kastam
9. Seksyen 29A Meluluskan pipeline bagi maksud pengimportan dan pengekspotan
10. Seksyen 30 Pengecualian mematuhi peruntukkan berkaitan dengan pengimportan dan pengeksportan barangan
11. Seksyen 31(1) Menentukan jika barangan tertakluk kepada larangan import atau eksport
12. Seksyen 34 Menentukan keperluan cagaran diatas pemindahan barang-barang bercukai
13. Seksyen 48(2) Kebenaran membawa apa-apa ke dalam kapal tanpa dikenakan cukai kastam
Seksyen 48(3) Kebenaran menggunakan stor kapal bagi mana duti kastam belum dibayai
14. Seksyen 49(1) Kebenaran membawa barangan bercukai atau barangan larangan diatas pengangkutan kapal tempatan
15. Seksyen 64 Syarat-syarat berkaitan dengan pembayaran duti kastam diatas barangan yang diimport atau dieksport melalui pusat pengumpulan yang ditubuhkan dibawah seksyen 63(2)
16. Seksyen 65 Kelulusan gudang berlesen
17. Seksyen 65A Kelulusan mengilang barangan di dalam gudang berlesen
18. Seksyen 65D Pelesenan kedai bebas cukai
19. Seksyen 65E Pelesenan depo kontena dalaman
20. Seksyen 76 Pengecualian berkaitan dengan barangan yang perlu disimpan didalam gudang kastam atau gudang berlesen
21. Seksyen 80 Membenarkan barangan dieksport tanpa membayar cukai terlebih dahulu
22. Seksyen 87A Membenarkan penggunaan borang pengikraran sementara bagi pengeksportan barangan untuk menggantikan borang pengikraran rasmi
23. Seksyen 90(3) Mengecualikan keperluan seksyen 90(1)(a) untuk kebenaran bertindak sebagai agen kastam
24. Seksyen 90(5) Keputusan diatas rayuan mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan pegawai kanan kastam berkaitan dengan kebenaran bertindak sebagai ejen kastam
25. Seksyen 91A Kelulusan lesen untuk bertindak sebagai pengangkut berlesen
26. Seksyen 95 Membenarkan pulang balik ke atas barang-barang yang dimusnahkan
27. Seksyen 96 Membenarkan pembayaran balik kepada pelawat dan pemunya sampel
28. Seksyen 97 Membenarkan pelepasan daripada duti ke atas barang-barang yang diimport sementara
29. Seksyen 98 Membenarkan eksport dan import semula sampel dagangan bebas daripada duti
30. Seksyen 99 Membenarkan pulangan balik ke atas barang-barang yang diimport yang digunakan dalam pengilangan atau pembungkusan
31. Seksyen 127(2) Keputusan melupuskan barang-barang yang telah disita
32. Seksyen 141 Pemberian hadiah
33. Seksyen 144 Kuasa mengenakan fi
34. Seksyen 145 Membenarkan penggunaan borang yang tidak dicetak atau dikeluarkan dibawah kuasa Ketua Pengarah

 
AKTA CUKAI JUALAN 1972

No.SeksyenKeterangan
1. Seksyen 9(1) Membenarkan pengilang berlesen mendapatkan bahan mentah bebas dari cukai jualan
2. Seksyen 9(2) Membenarkan pengilang berlesen mengimport barangan bercukai bebas dari cukai jualan
3. Seksyen 9(3) Membenarkan orang yang tidak berlesen untuk mengimport barangan bercukai bebas dari cukai jualan bagi pihak pengilang berlesen
4. Seksyen 9(4) Membenarkan orang yang tidak berlesen untuk mendapatkan barangan bercukai bebas dari cukai jualan daripada pengilang berlesen untuk diserahkan kepada pengilang berlesen yang lain
5. Seksyen 9(5) Membenarkan pengilang berlesen untuk mendapatkan barangan bercukai bebas dari cukai jualan daripada pengilang berlesen yang telah menyiapkan pengilangan barangan bercukai itu
6. Seksyen 9(6) Membenarkan pengilang berlesen untuk mendapat barangan bebas dari cukai jualan bagi barangan yang disimpan didalam gudang kastam atau gudang berlesen
7. Seksyen 11B Membuat ketetapan kastam
8. Seksyen 12A(1) Mengarahkan beberapa orang dilesenkan sebagai seorang yang kena cukai
9. Seksyen 13(3) Mengeluarkan lesen cukai jualan
10. Seksyen 13(4) Mengantung lesen cukai jualan yang telah dikeluarkan
11. Seksyen 13A(3) Membatalkan lesen cukai jualan dimana peruntukkan undang-undang tidak dipatuhi
12. Seksyen 15(5) Menjeniskan barang-barang tertentu
13. Seksyen 19(2) Membenarkan penyata cukai jualan dihantar selepasdari satu tempoh bercukai
14. Seksyen 24 Penalti bagi bayaran lewat
15. Seksyen 30(1A) Membenarkan cukai jualan atau penalti dibayar secara ansuran
16. Seksyen 31 Pulang balik cukai jualan kepada vendor
17. Seksyen 31A(2) Membenarkan potongan cukai jualan bagi barangan yang telah dibeli oleh pengilang berlesen
18. Seksyen 32 Pulang balik cukai jualan atau penalty yang terlebih bayar atau salah bayar
19. Seksyen 66 Membenarkan penggunaan borang yang tidak dicetak atau dikeluarkan dibawah kuasa Ketua Pengarah
20. Seksyen 67 Kuasa mengenakan fi


AKTA CUKAI PERKHIDMATAN 1975

No.SeksyenKeterangan
1. Seksyen 6B Membuat ketetapan kastam
2. Seksyen 7A(1) Mengarahkan beberapa orang dilesenkan sebagai seorang yang kena cukai
3. Seksyen 7A(5) Arahan menambah mana-mana orang sebagai seorang yang menyediakan perkhidmatan bercukai
4. Seksyen 8(2) Mengeluarkan lesen cukai perkhidmatan
5. Seksyen 8(3) Menggantung lesen cukai perkhidmatan
6. Seksyen 8A(1) Mengeluarkan lesen cukai perkhidmatan kepada pemohon lesen sukarela
7. Seksyen 9(3) Membatalkan lesen cukai perkhidmatan dimana peruntukkan undang-undang tidak dipatuhi
8. Seksyen 16 Penalti bagi bayaran lewat
9. Seksyen 20(2) Membenarkan cukai perkhidmatan atau penalti dibayar secara ansuran
10. Seksyen 21 Pulang balik cukai perkhidmatan atau penalti yang terlebih bayar atau salah bayar
11. Seksyen 21A Membenarkan potongan cukai perkhidmatan yang telah dipulang balik kepada pelanggan
12. Seksyen 48 Pemberian hadiah
13. Seksyen 49 Membenarkan penggunaan borang yang tidak dicetak atau dikeluarkan dibawah kuasa Ketua Pengarah


AKTA EKSAIS 1976

No.SeksyenKeterangan
1. Seksyen5A(2)(a)(ii) Membenarkan permohonan ketetapan kastam dibuat selepas dagangan diimport
2. Seksyen 5A(2)(b)(ii) Membenarkan permohonan ketetapan kastam dibuat selepas pengilangan barangan
3. Seksyen 5B(1) Membuat ketetapan kastam
4. Seksyen 5B(3) Enggan membuat ketetapan kastam
5. Seksyen 5C(1) Meminda, mengubah atau menarik balik ketetapan kastam
6. Seksyen 8B Keputusan diatas penjenisan dan penilaian barangan
7. Seksyen 9 Menaksir semula duti yang kena bayar
8. Seksyen 13 Pulang balik duti yang terlebih bayar atau salah bayar
9. Seksyen 14(1) Meremit duti diatas barang yang hilang, rosak atau musnah semasa dalam kawalan eksais
10. Seksyen 15(2) Membenarkan duti dibayar secara ansuran
11. Seksyen 19(1) Membenarkan pulang balik duti eksais diatas bahan penggilangan
12. Seksyen 19D Membenarkan pulang balik duti eksais diatas barang yang dimusnahkan
13. Seksyen 19E Membenarkan ambilan balik duti eksais diatas barang persendirian atau barang contoh yang dieksport semula dalam tempoh 3 bulan
14. Seksyen 20(4) Mengenakan cagaran untuk pematuhan kepada syarat-syarat lesen pengilangan tertentu
15. Seksyen 20(1) Mengeluarkan lesen pengilangan tertentu
16. Seksyen 20(5) Pemindahan, penggantungan atau pembatalan lesen pengilangan tertentu
17. Seksyen 20(7) Membenarkan pemindahan nama pelesen atau pemindahan premis bagi lesen pengilangan tertentu
18. Seksyen 23(2) Meremit duti eksaisyang dikenakan diatas barang yang dianggap telah dikeluarkan secara tidak sah dari mana-mana gudang berlesen atau tempat tertentu
19. Seksyen 25(1) Mengeluarkan lesen gudang dan memindah, mengantung atau membatalkan lesen tersebut
20. Seksyen 27A(1)(a) Membenarkan barang import berduti disimpan ditempat yang lain dari gudang berlesen
21. Seksyen 27A(3) Memanjangkan tempoh penyimpanan barang berduti didalam gudang yang lain dari gudang berlesen
22. Seksyen 40B(1) Kebenaran membawa barangan bercukai diatas pengangkutan kapal tempatan
23. Seksyen 44A(1) Menentukan keperluan cagaran diatas pemindahan barang-barang bercukai
24. Seksyen 48 Membenarkan penggunaan borang yang tidak dicetak atau dikeluarkan dibawah kuasa Ketua Pengarah
25. Seksyen 50 Mengenakan fi ke atas perkhidmatan yang diberikan
26. Seksyen 83 Pemberian hadiah


PERATURAN-PERATURAN KASTAM 1977

No.SeksyenKeterangan
1. Peraturan 12(5) Tidak membenarkan transshipment barang larangan
2. Peraturan 13(3) Tidak membenarkan pergerakan barang larangan
3. Peraturan 15(4) Tidak membenarkan pergerakan barang yang dilarang oleh Perintah Menteri
4. Peraturan 20 Tidak mengeluarkan lesen pengimportan arak/tembakau atau tidak membenarkan pemindahan lesen berkenaan atau menggantung atau membatalkan lesen berkenaan
5. Peraturan 33(3) Menentukan ciri-ciri keselamatan bagi bangunan gudang berlesen
6. Peraturan 38 Menentukan jaminan kewangan ke atas gudang perkilangan berlesen
7. Peraturan 41 Tidak meluluskan pelan gudang berlesen
8. Peraturan 44 Keputusan untuk menguji dan memeriksa bangunan premis berlesen
9. Peraturan 47 Memperbaharui lesen gudang pengilangan dan mengenakan syarat-syarat tertentu
10. Peraturan 58 Meluluskan pindaan struktur kepada premis gudang berlesen
11. Peraturan 59(1) Menetapkan kadar kerugian sejatan maksima berkaitan petroleum dalam tangki atau dalam pemindahan
12. Peraturan 59D Mengenakan syarat-syarat diatas pembaharuan lesen kedai bebas cukai
13. Peraturan 62 Menentu dan meluluskan cara pendatinurasi (denaturing) alkohol berduti


PERATURAN-PERATURAN CUKAI JUALAN 1972

No.SeksyenKeterangan
1. Peraturan 19 Keputusan diatas tuntutan ambilan balik yangkurang dari RM 50.00
2. Peraturan 19D(4) Tidak membenarkan pulang balik cukai jualan sekiranya dokumen-dokumen yang dikemukakan tidak betul atau palsu
3. Peraturan 19D(5) Keputusan diatas tuntutan pulang balik yangkurang dari RM 50.00
4. Peraturan 20I Membenarkan kerugian sejatan bagi bahan petroleum dihapuskira


PERATURAN-PERATURAN CUKAI JUALAN 1975

No.SeksyenKeterangan
1. Peraturan 8(1B) Mengecualikan orang kena cukai daripada keperluan mengeluarkan invois
2. Peraturan 8(8) Mengkehendaki pelesen mengemukakan sijil tahunan yang diaudit
3. Peraturan 17 Keputusan diatas tuntutan pulang balik yang kurang dari RM 50.00


PERATURAN-PERATURAN EKSAIS 1977

No.SeksyenKeterangan
1. Peraturan 5(1)C Mengenakan syarat supaya pelesen eksais menyediakan kemudahan pejabat dan keperluan lain yang berkaitan
2. Peraturan 9 Mengarahkan pemeriksaan dan pengujian mana-mana kilang eksais
3. Peraturan 12(3) Mengenakan syarat-syarat atas pembaharuan lesen eksais
4. Peraturan 15 Mengenakan syarat-syarat langkah keselamatan keatas premis berlesen eksais
5. Peraturan 17(2) Mengarahkan pemusnahan atau pelupusan bahan makanan yang merbahaya
6. Peraturan 35 Meluluskancara pendatinurasi (denaturing) minuman arak yang memabukkan
7. Peraturan 52(2) Membenarkan pengilangan percubaan bahan petroleum yang bercukai


PERATURAN-PERATURAN EKSAIS
(KAWALAN TODI DAN KEDAI TODI) 1977

No.SeksyenKeterangan
1. Peraturan 4(e) Mengenakan syarat-syarat keatas lesen kedai todi
2. Peraturan 6(c) Membatalkan, meminda atau menambah syarat-syarat yang dikenakan keatas lesen kedai todi
3. Peraturan 8(c) Mengenakan syarat-syarat keatas kontrak bekalan pembekalan todi
4. Peraturan 9(d) Mengenakan syarat-syarat keatas lesen menuai todi


PERATURAN-PERATURAN EKSAIS (MEMBOTOL DAN MEMINDAHKAN MINUMAN MEMABUKKAN) 1977

No.SeksyenKeterangan
1. Peraturan 5(2) Membenarkan pergerakan minuman memabukkan dari atau ke premis berlesen diantara jam 6 petang hingga 6 pagi


PERATURAN-PERATURAN EKSAIS (KETETAPAN KASTAM) 2007

No.SeksyenKeterangan
1. Peraturan 2(2) Memerlukan dokumen tambahan bagi permohonan ketetapan kastam
2. Peraturan 7(2) Mengeluarkan pembaharuan ketetapan kastam

 

 

Ringkasan Keputusan Rayuan

Statistik Pelawat

Hari Ini 36

Semalam 34

Minggu Ini 70

Bulan Ini 729

Jumlah Pelawat 11230