A. Senarai Semak Dokumen Pendengaran Rayuan
1. | Notis Rayuan (Borang A) - Peraturan 2 (1) PPK(TR)2007: | |
i. | 9 butiran telah diisi dengan lengkap | |
2. | Dokumen-dokumen berikut telah disertakan: | |
i. | Kad Pengenalan / Pasport orang yang memfailkan rayuan | |
ii. | Kad Pengenalan / Pasport perayu | |
iii. | Sijil Pendaftaran Syarikat / Perniagaan | |
iv. | Sijil Pendaftaran Pertubuhan / Persatuan | |
v. | Surat kuasa dari Syarikat / Perniagaan / Pertubuhan / Persatuan | |
vi. | Dokumen mengandungi keputusan Ketua Pengarah Kastam yang dipertikaikan. | |
3. | Surat makluman pendaftaran rayuan dan notis pendengaran rayuan | |
4. | Surat makluman tarikh sebutan pertama dan tindakan pengurusan pendengaran rayuan (case management) | |
5. | Surat permohonan pelanjutan masa memfailkan rayuan telah dikemukakan (jika perlu). Alasan pelanjutan masa hendaklah dinyatakan dengan jelas dan disertakan dengan bukti tertentu | |
6. | Permohonan untuk mengadakan pendengaran rayuan di luar Ibu Pejabat TRK telah dibuat (jika perlu) | |
7. | Permohonan untuk mengadakan pendengaran rayuan secara panel (panel hearing) telah dibuat (jika perlu) | |
8. | Pada tarikh sebutan, menyemak dokumen-dokumen berikut: | |
i. | Dokumen bukti bayaran duti dan cukai (jika perlu) | |
ii. | Dokumen Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berkaitan dengan rayuan berkenaan seperti Borang K1, Borang K2, Borang Eksais 7, Borang K9, Borang CP3, Ketetapan Kastam dan Bil Tuntutan | |
iii. | Surat kuasa wakil syarikat seperti konsultan / ejen penghantaran / perkapalan | |
9. | Notis Pendengaran - Borang B | |
10. | Ringkasan fakta kes | |
11. | Pernyataan fakta yang dipersetujui / Pernyataan fakta yang dipertikaikan | |
12. | Senarai saksi | |
13. | Pernyataan saksi | |
14. | Ikatan dokumen perayu / responden. Contoh dokumen: | |
i. | Dokumen perniagaan perayu | |
ii. | Surat-menyurat yang berkaitan | |
iii. | Surat rasmi dari JKDM | |
iv. | Surat / permohonan perayu | |
v. | Surat keputusan pegawai JKDM selain dari surat keputusan Ketua Pengarah Kastam | |
vi. | Perjanjian / kontrak bertulis | |
vii. | Laporan kimia / pakar | |
viii. | Invois / bil / penyata akaun / laporan audit / laporan pasca audit | |
ix. | Borang-borang rasmi JKDM | |
x. | Surat / Notis Tuntutan JKDM (Nota:Salinan dokumen yang dikemukakan hendaklah diakui sah) |
|
15. | Ikatan dokumen yang dipersetujui / Ikatan dokumen yang tidak dipersetujui | |
16. | Ikatan otoriti | |
17. | Hujahan bertulis |
B. Penyediaan Ikatan Dokumen
1. | Mana-mana pihak boleh mengemukakan dokumen yang perlu digunakan semasa pendengaran rayuan dalam bentuk Ikatan Dokumen (ID) | |
2. | ID tersebut boleh disediakan di dalam dua ikatan, iaitu Ikatan Dokumen Yang DiPersetujui (IDP) dan Ikatan Dokumen Yang Tidak DiPersetujui (IDTP) oleh kedua-dua pihak | |
3. | Setiap ID perlu dikemukakan seperti berikut: | |
3.1 | Dua salinan setiap ID hendaklah difailkan di TRK | |
3.2 | Satu salinan setiap ID hendaklah diserahkan kepada pihak yang satu lagi sebelum tarikh sebutan/pendengaran | |
4. | Semasa sebutan/pendengaran rayuan, pihak-pihak boleh menyemak dokumen tertentu untuk dimasukkan ke dalam IDP atau IDTP | |
5. | Nombor rayuan dan nama pihak-pihak hendaklah dinyatakan di muka pertama setiap ID yang difailkan | |
6. | Setiap ID perlu diadakan Indeks (Kandungan) dokumen dan setiap muka surat ID berkenaan perlu dinomborkan |