S5 Corpway - шаблон joomla Оригами

Sample Sidebar Module

This is a sample module published to the sidebar_top position, using the -sidebar module class suffix. There is also a sidebar_bottom position below the menu.

Sample Sidebar Module

This is a sample module published to the sidebar_bottom position, using the -sidebar module class suffix. There is also a sidebar_top position below the search.
Soalan Lazim

 

1. Siapakah yang boleh merayu kepada Tribunal Rayuan Kastam?

Mana-mana orang yang tidak berpuas hati dengan keputusan Ketua Pengarah Kastam yang dibuat di bawah Akta Kastam 1967, Akta Eksais 1976, Akta Cukai Perkhidmatan 2018, Akta Cukai Jualan 2018 dan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 boleh merayu kepada Tribunal.

2. Apakah keputusan yang boleh dirayu?

Apa-apa keputusan Ketua Pengarah Kastam kecuali perkara yang berkaitan dengan kompaun atau barang yang disita boleh dirayu kepada Tribunal. Contoh perkara yang boleh dirayu ialah keputusan berkenaan dengan penilaian, klasifikasi dan pengambilan balik.

3. Bagaimanakah rayuan difailkan?

Rayuan hendaklah difailkan dalam Borang A (4 salinan) berserta fi pemfailan sebanyak RM100.00.

4. Di manakah Borang A boleh diperolehi?

Borang A boleh diperoleh daripada pejabat Tribunal Rayuan Kastam di Putrajaya atau dimuat turun daripada portal Tribunal di http://tribunalkastam.treasury.gov.my

5. Bagaimanakah pembayaran fi pemfailan dibuat?

Fi pemfailan boleh dibayar secara tunai di pejabat Tribunal atau melalui wang pos, kiriman wang, draf bank atau cek yang dibayar kepada "Pengerusi Tribunal Rayuan Kastam".

6. Bilakah rayuan mesti difailkan?  

Suatu rayuan hendaklah difailkan dalam tempoh 30 hari dari tarikh pemberitahuan bertulis keputusan Ketua Pengarah Kastam.

7. Jika tempoh 30 hari telah luput, adakah suatu rayuan masih boleh difailkan?

Jika tempoh 30 hari telah luput, seseorang perayu boleh memohon suatu pelanjutan masa untuk memfailkan rayuan. Borang permohonan pelanjutan masa boleh diperolehi daripada pejabat Tribunal Rayuan Kastam di Putrajaya atau dimuat turun daripada portal Tribunal di http://tribunalkastam.treasury.gov.my. Permohonan itu, jika ada, hendaklah difailkan bersama Borang A.

8. Bolehkah seorang peguam mewakili perayu?

Seorang peguam bela dan peguam cara boleh mewakili perayu.

9. Bolehkah seorang perunding mewakili perayu?

Seorang perunding boleh mewakili perayu

10. Mengapakah perayu mesti membayar semua cukai/duti termasuk penalti sebelum rayuan boleh didengar?

Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Kastam (Tribunal Rayuan) 2007 menetapkan bahawa semua duti/cukai dan penalti yang perlu dibayar di bawah Akta Kastam 1967, Akta Eksais 1976, Akta Cukai Jualan 2018 atau Akta Cukai Perkhidmatan 2018 mesti dibayar sebelum suatu rayuan boleh didengar. Bagaimanapun, perayu adalah dinasihatkan supaya memfailkan rayuan mereka dengan cepat bagi mematuhi tempoh 30 hari. Tribunal hanya akan menetapkan tarikh pendengaran selepas Peraturan 4 telah dipatuhi.

11. Di manakah pendengaran akan diadakan?

Pendengaran akan diadakan di pejabat Tribunal di Putrajaya. Jika perlu, pendengaran boleh diadakan di lokasi lain.

12. Adakah keputusan Tribunal boleh dirayu ke Mahkamah Tinggi?

Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Tribunal boleh merayu ke Mahkamah Tinggi atas persoalan undang-undang atau persoalan undang-undang dan fakta.

 
 
 
 

Keputusan Rayuan

Akta Dan Peraturan

GLOSARI KES RAYUAN

Statistik Pelawat

Hari Ini 26

Semalam 35

Minggu Ini 26

Bulan Ini 1262

Jumlah Pelawat 141772